Biografi Henry Cavill

Awal hidup

Cavill anak keempat daripada lima adik-beradik[1] hasil perkahwinan Marianne Dalgliesh, seorang setiausaha bank, dan Colin Cavill, seorang broker saham;[2] mereka dibesarkan di Jersey, Kepulauan Selat Inggeris.[3] Beliau memduduki sekolah St Michael's Preparatory School di Saint Saviour sebelum berpindah ke tanah besar untuk melanjutkan pelajaran di Stowe School, Stowe, Buckinghamshire.[4]

Kerjaya lakonan

Beliau mula muncul dalam filem Laguna (2001) dan The Count of Monte Cristo (2002).

Cavill had been set to play Superman in McG's 2004 film, Superman: Flyby. McG pulled out of the project and direction was taken over by director Bryan Singer, who recast Brandon Routh as the lead in Superman Returns.[5][6]

Beliau pernah beberapa kali dalam pemilihan memeran watak dengan Robert Pattinson. Kali pertama semasa dalam pemilihan memeran Cedric Diggory in Harry Potter and the Goblet of Fire (2005);[7] kali kedua dalam filem Twilight lagi-lagi dengan sokongan pengkarya asal Stephenie Meyer yang melihat beliau cocok dan "sempurna" melakonkan watak Edward Cullen,[8][9] namun terpaksa diabaikan memandangkan Cavill sudah menjadi terlalu tua untuk watak diperan.[9][10]

Pada tahun 2005, Cavill antara calon yang difikirkan memeran watak James Bond dalam filem reboot Casino Royale,[11] Cavill lebih disukai pengarah filem Martin Campbell, namun Daniel Craig yang digemari para penerbit dipilih akhirnya.[5][12]

Rujukan

WikiPedia: Henry Cavill http://www.buddytv.com/info/henry-cavill-info.aspx http://www.digitalspy.com/celebrity/news/a473921/t... http://www.imdb.com/name/nm0147147/ http://splashpage.mtv.com/2009/05/06/tudors-star-h... http://www.stepheniemeyer.com/movie_archives.html http://www.intensevibe.org/index.php?topic=855.0 http://www.motleyvision.org/2005/interview-twiligh... http://www.mi6.co.uk/news/index.php?itemid=4863 https://picasaweb.google.com/HWDCGallery/SupermanM... https://www.newsweek.com/witcher-netflix-series-re...